Don't Study To Earn, Study To Learn And What You Learn Today Is What You Will Become Tomorrow |
Penggunaan video screencast dalam PdPc amat menarik dan sesuai digunakan dalam pembelajaran secara online. Rakaman video yang disediakan dapat diakses oleh siapa-siapa saja sebagai medium pembelajaran dengan menggunakan hujung jari sahaja. Selain itu, video yang disediakan adalah berdasarkan kreativiti masing-masing dengan boleh memasukan grafik, muzik, slide dan sebagainya. Dengan ini, PdPc dapat dijalankan dengan lebih berkesan serta dapat menarik perhatian pelajar. Di samping itu, guru yang terlibat dalam tugas rasmi luar turut boleh menggunakan kaedah ini supaya kelas boleh berjalan seperti biasa walaupun guru tiada di sekolah. Pelajar masih boleh mengakses semua bahan bacaan secara online tanpa perlu bergantung sepenuhnya terhadap keberadaan guru dalam kelas.
0 Comments
Piktochart merupakan satu perisian yang sesuai digunakan untuk menghasilkan resume, pembentangan dan sebagainya dalam bentuk infografic. Dengan menggunakan piktochart dalam menghasilkan resume, ia merupakan satu alternatif yang baru dan berbeza dengan resume yang sebelum ini dipenuhi dengan tulisan sahaja. Resume yang dihasilkan melalui piktochart amat menarik kerana boleh dilengkapi dengan gambar, tema yang berkaitan serta fungsi lain. informasi dalam resume juga senang diperolehi kerana ia boleh dihasilkan secara ringkas dan amat penuh dengan kreativiti kerana melibatkan penggunaan grafik dan sebagainya.
Dalam mencari maklumat seperti jurnal ataupun artikel, terdapat beberapa laman web yang sesuai digunakan seperti Academia, Google Scholar, Researchgate dan sebagainya. Melalui laman web tersebut, pengguna dapat mengakses semua bentuk artikel yang bersesuaian dan terbaru sama ada dalam negara ataupun luar negara. Kemudahan ini amat berguna kepada pelajar sama ada dari peringkat rendah hingga peringkat universiti. Pengguna boleh mencari pelbagai maklumat yang berkaitan sebagai bahan rujukan. Selain itu, kemudahan ini amat penting lepada mereka yang menyambung pelajaran secara part-time. Melalui kemudahan ini, pelajar tidak semestinya perlu pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat kerana semua bahan rujukan telah dibekalkan secara online. Selain itu, ia juga lebih menjimatkan masa dan maklumat juga lebih lengkap dan terbaru berbanding dengan bahan rujukan di perpustakaan. Semua pelajar perlu digalakkan untuk mengakses laman web tersebut dalam menuntut ilmu baru serta menerokai maklumat yang lebih luas.
Google form merupakan satu aplikasi yang digunakan untuk mencipta borang seperti soal selidik secara online berbanding dengan sebelum ini, kebanyakan borang dibuat secara manual di atas kertas. Melalui google form, ia tidak melibatkan penggunaan kertas untuk dicetak kerana semua soalan akan tersenarai dengan mengakses link tertentu dalam memberi respon melalui hujung jari kita. Ia dikatakan lebih memudahkan pengguna kerana semua maklumat peribadi, tujuan borang disediakan serta semua item akan disediakan dalam Google Form. Walaubagaimanapun, penggunaan Google Form hanya lebih efesien digunakan di kawasan bandar yang mempunyai rangkaian Internet yang baik berbanding dengan kawasan pedalaman ataupun luar bandar yang kadang-kala tidak mempunyai kemudahan telekomunikasi yang lengkap.
Berikut mempunyai sedikit penerangan untuk menggunakan Google Form Sila Klik Link di SINI Dalam Weebly, pengguna boleh membuat kerangka berdasarkan icon yang disediakan dalam e-portfolio. Selain itu, Weebly sesuai digunakan dalam pendidikan di mana para guru boleh memuat naik semua maklumat seperti peta minda, esei, gambar mahupun video sebagai bahan rujukan dalam PdPc. Pelajar boleh melayari laman web yang disediakan oleh guru untuk mendapat maklumat yang berkaitan dan turut boleh memberi komen mengenai maklumat dalam laman web tersebut. Keadaan ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk lebih aktif dalam pembelajaran serta mendedahkan mereka kepada PAK-21. Justeru itu, guru digalakkan untuk menggunakan kaedah yang lebih canggih dalam mendidik anak-anak murid supaya mereka tidak lagi terikat dengan pembelajaran tradisional yang dikatakan bosan dan kurang berkesan.
E-portfolio merupakan satu bentuk portfolio yang dihasilkan menggunakan teknologi digital secara online. E-portfolio dapat digunakan untuk menunjukkan perkembangan diri dan pengetahuan individu. Dalam dunia pendidikan, e-portfolio amat berguna kepada guru mahupun pelajar. Guru boleh menggunakan e-portfolio sebagai medium pengajaran manakala bagi pelajar, ia boleh digunakan untuk menyimpan bahan pembelajaran dalam menerangkan perkara-perkara yang telah dipelajari.
Untuk e-portfolio, terdapat beberapa elemen yang penting iaitu organize, reflect, socialize, create, achieve, publish, feedback dan edit. Pengguna boleh membina e-portfolio sendiri yang merangkumi semua maklumat peribadi. Selain itu, semua maklumat boleh dimasukkan dalam portfolio tersebut sama ada dalam bentuk penulisan ataupun gambar dan video. Maklumat yang dikongsi dalam e-portfolio boleh diberi komen oleh pembaca untuk penambahbaikan ataupun sebagai perbincangan. Di sini, wujudlah interaksi sosial antara satu sama lain. Justeru itu, melalui e-portfolio, pengguna boleh berkongsi maklumat atau pandangan yang bakal memberi informasi dan idea kepada pengguna. Boleh dikatakan juga melalui e-portfolio, semua maklumat yang disediakan bukan lagi seperti zaman dulu yang dibuat dalam fail biasa yang berisiko tinggi untuk hilang. Semua pengendalian maklumat adalah terletak di hujung jari sendiri dan boleh ditambah ataupun diakses pada bila-bila masa. Maklumat Lanjut boleh dirujuk di sini Teori behavioris merupakan satu teori pembelajaran yang menjelaskan bahawa proses pembelajaran adalah satu proses perubahan tingkah laku yang berlaku pada seseorang individu.
Teori konstruktivisme adalah berbentuk dinamik yang membolehkan pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran untuk membuat interpretasi makna yang sesuai dengan konteks pengetahuan dan pengalaman pembelajaran.Teori konstruktivisme menekankan bahawa proses pembelajaran adalah melalui satu proses pembelajaran aktif yang melibatkan pelajar untuk membuat hubungan antara maklumat baru dengan rangkaian pengetahuan sedia ada. teori konstruktivisme menekankan bahawa sesuatu ilmu pengetahuan itu tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna sahaja. Dalam konteks ini, guru hanya akan berperanan sebagai fasilator (pembimbing sahaja) manakala pelajar yang berperanan penting dalam pembelajaran. Teori kognitif menekankan proses mental di mana informasi yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan informasi lain dalam ingatan. Penyatuan informasi ini akan diubah dan disusun kembali di mana otak akan memproses secara aktif semua maklumat yang diterima dan menukarkan informasi tersebut kepada kategori baru. Teori connectivisme merupakan teori pembelajaran yang digunakan untuk era digital sekarang. Titik permulaan pembelajaran bermula dengan individu menyalurkan maklumat ke dalam rangkaian dan individu lain akan menerima dan menyalur semua ke rangkaian ibarat satu kitaran dalam rangkaian. Sebagai contoh, peta minda elektronik yang memerlukan pengguna saling memasukkan maklumat untuk dikongsi, tapis dan memberi respon supaya semua orang boleh memperoleh faedah dari maklumat tersebut. Dalam 4 teori di atas, ia amat penting dalam pembelajaran kerana ia membantu seorang guru merancang dan mengaplikasikan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan latar belakang, sikap, tahap kemampuan,dan kecerdasan pelajar. Dengan ini, objektif pembelajaran dapat dicapai dalam proses membentuk modal insan yang berpengetahuan, bekemahiran dan bersahsiah tinggi. Model ADDIE merangkumi lima fasa yang merupakan singkatan Analyze, Design, Development, Implementation dan Evaluation. Model ini dikatakan dapat menarik minat pelajar terhadap proses P&P jika guru dapat menggunakan model ini secara berkesan. Model ini memberi garis panduan kepada guru dalam menyediakan kaedah atau teknik yang bersesuaian dengan pelajar supaya dapat mencapai objektif pembelajaran. Berikut merupakan sedikit penerangan menganai setiap fasa dalam ADDIE.
Analyze merupakan peringkat penentuan yang penting untuk peringkat-peringkat seterusnya di mana guru perlu menganalisis pelajar dari segi latar belakangnya, persekitaran pembelajaran, matlamat pengajaran, kebolehan pelajar dan sebagainya supaya dapat memilih kaedah, teknik, dan pendekatan yang paling sesuai dengan pelajar. Design bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan seperti rupa bentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi. Faktor yang akan diambil kira ialah pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran, pembinaan item-item untuk ujian dan pemilihan strategi pengajaran. Sebagai contoh, guru boleh memilih ABM dan BBM yang sesuai seperti grafik, audio, video dan sebagainya untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi perlu berdasarkan kepelbagaian kecerdasan pelajar supaya dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran. Development merupakan proses menghasikan “courseware” yang telah direkabentuk iaitu 3M (Method, Media dan Materials). Setelah menentukan sesuatu kaedah ataupun teknik pengajaran, guru boleh menyediakan bahan pengajaran tersebut seperti membina papan cerita, membuat video dan sebagainya. Namun, semua bahan-bahan pengajaran ini perlu diuji dahulu sebelum digunakan di dalam kelas. Implementation merupakan pengajaran sebenar di mana semua bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan dalam keadaan sebenar iaitu mengajar. Sebagai contoh, pemberian latih tubi, kuiz dn sebagainya kepada pelajar untuk melihat tindak balas pelajar terhadap topik tertentu. Guru tidak boleh berputus asa dalam pengajaran apabila menghadapi kekangan dalam pengajaran seperti ABM dan BBM yang tidak sesuai dengan kehendak pelajar, kawalan kelas dan sebagainya. Evaluation merupakan penilaian yang dijalankan untuk menilai kemampuan pelajar, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, strategik, kaedah dan sebagainya supaya dapat mengembangkan lagi kelebihan yang ada mahupun membaiki kelemahan yang ada.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, ia sebenarnya merupakan satu proses yang sistematik yang melibatkan perancangan, mereka bentuk, mencipta, mengaplikasi dan penilaian. Untuk perancangan BBM, guru perlu menganalpasti target, kewangan, bahan dan kemudahan yang diperlukan supaya ia bersesuaian dengan apa yang bakal kita ajar serta objektif pembelajaran. Seterusnya, barulah guru mula mereka bentuk ataupun membuat draft tentang idea BBM yang ingin disediakan. Setelah mempunyai kerangka yang jelas, barulah guru mencipta atau menghasilkan benda tersebut. Dalam peringkat ini, guru perlu memastikan bahan yang disediakan dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang. Peringkat seterusnya adalah pengaplikasian. Setelah bahan tersebut disediakan, ia perlu diaplikasi ke atas target kita demi mencapai objektif pembelajaran. Akhir sekali adalah penilaian. Peringkat ini dikatakan penting ia membantu kita mengenalpasti keberkesanan BBM tersebut serta membuat penambahbaikan.
|